Sunday, 11 May 2014

Pasrah

Tuhan..
Di malam yang sunyi ini
Aku alah,menyerah dan akur
Bila tersedar
Cintaku kian tercalar
Senjaku semakin dekat
Dosaku masih menggunung
Hatiku masih tak suci lagi

Tuhan,
Kataku sering kumungkir
Dirimu selalu kupinggirkan
Dirimu selalu kulupakan
Tapi,
Dirimu yang kaya dengan sifat pemaaf  membuatkan aku malu
Sendiri
Malu kerana dirimu sentisa disisiku
Malu kerana dirimu sentiasa
Memaafkan diriku
Malu kerana dirimu sentiasa
Membantuku

Tuhan
Disini aku pohon
Dimalam ini aku bersujud
Mengharap keampunanmu
Menagih cintamu kembali
Mengemis kasih sayangmu
Tuhan
Di jendela usia ini
Aku terus mencari cahaya hidayahmu
Mencari diri sendiri
Mencari keredahanmu...

                       Aku yang berdosa

1 comment:

  1. Sungguh puisi ni menyedarkan diri yang khilaf ini.
    Indah susunannya :)

    ReplyDelete